umi

umi

Thursday, May 9, 2013

BANGSA DAN UGAMA

Akak dah biasa berjiran dengan bangsa yang lain dari melayu. Dan anak2 akak sudah terbiasa berkawan dengan bangsa yang lain dari melayu. Sedari tadika lagi anak sulung akak bermain dengan anak jiran yang berbangsa cina. Dan sehingga ke sekolah menengah kawan baiknya berbangsa india yang lebih fasih berbahasa melayu daripada bahasa ibundanya sendiri. Setiap kali peperiksaan, markah matapelajaran Bahasa Malaysianya lebih bagus daripada markah anak akak sendiri.
Sudah tentulah Englishnya terlebih2 lagi bagusnya daripada anak akak. Akak sendiri pernah bekerja dibawah majikan yang berbangsa cina. Sememangnya mereka ini sangat tegas dalam menjalankan tugas. Pernah akak diberitahu sudah beberapa orang pekerja berbangsa melayu hanya bekerja satu hari saja kerana tidak tahan di marah oleh majikan. Sedangkan cina boleh tahan dengan situasi seperti itu. Hanya akak saja yang boleh bertahan selama setahun itupun sebab akak berhenti sebab nak jaga anak. Dan mungkin juga sebabnya akak ni memang berhati keras dan cekal (cewah...puji jangan tak puji).
Akak sebenarnya tak senang nak bercakap pasal bangsa2 ni memandangkan sekarang ni macam2 cerita keluar di muka buku (face booklah tu) dan surat khabar. Ada yang positif, ada yang negatif. Memang isu yang sensitif. Akak hanya nak menceritakan pengalaman akak je. Bagi akak semua bangsa pun ada kelebihannya.
Apa yang penting bagi akak ialah akak bertuah dan bersyukur lahir sebagai seorang yang berugama Islam. Menjadi seorang muslim adalah nikmat yang tidak terhingga. Akak selalu pesan dengan anak akak agar menunjukkan sikap yang baik agar orang memandang betapa indahnya dan bagusnya Islam itu. Bergaullah dengan mereka yang berlainan ugama dengan akhlak yang mulia agar mereka memandang hormat kepada ugama kita. Islam merangkumi cara hidup. Islam ugama yang lengkap. Islam tidak memandang apa bangsamu, apa warna kulitmu, apa keturunanmu.

Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam mengingatkan umatnya:
"إن الله تعالى لا ينظر إلى صوركم وأجسامكم, ولكن ينظر إلى قلوبكم وإعمالكم"
Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa paras kamu dan warna kulit kamu, akan tetapi Allah memandang pada hati kamu dan amalan-amalan kamu".