umi

umi

Monday, September 9, 2013

UPSR

Anak bongsu akak akan mnghadapi peperiksaan UPSR esok. Akak tengok dia relax je. Akak pulak yang susah hati. Akak tanya lah dia.
"Ali tak risau ke esok nak peksa"
"Ala, UPSR je"
Amboi, sesedap rasa je menjawab budak ini. Macamlah dia tu pernah melalui peperiksaan yang lebih susah lagi daripada itu. 
Pada malam jumaat sebelum ini, sekolah anak akak itu mengadakan solat hajat untuk peperiksaan UPSR ni. Maka akak dan cik somi pun turut sama menghadirinya.
Pihak sekolah juga turut membekalkan air surah yassin dan kismis untuk budak2 yang nak ambik peksa. Terfikir juga akak, kalo minum 10 botol air surah yassin dan makan sekilo kismis, kalo tak belajar pun tak guna juga. Tapi itu salah satu usaha pihak sekolah. Ye lah, Allah tu Maha Berkehendak kalau dia nak bagi pun tak mustahil kan. Kalau Dia tak nak bagi, belajar sampai lebam bijik mata pun tak lulus juga kan.

Air surah yassin dan kismis yang di beri pihak sekolah, Terima kasih banyak2.

Harapan akak si bongsu akak dapatlah menjawab peperiksaanya esok dengan mudah dan tenang. Semoga dia dapat membanggakan sekolahnya. 

Doa ketika masuk bilik peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
 وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
 وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
 
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
 وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
 يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
 Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.
 
 
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
 
 
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.
 Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
 
Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
 
Asal
 Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006

Friday, September 6, 2013

DAH TAU TANYA LAGI

Pernah tak melalui situasi seperti ini:
Situasi 1.
Akak tengah lipat kain.
Cik somi (baru balik keja): Lipat kain ke?
Akak : Tak, tengah masak.

Situasi 2.
Hari tengah hujan.
Cik somi (berdiri di muka pintu) : Hujan ke?
Akak : Taklah, bukan hujan tu, salji.

Situasi 3.
Tengah mengidai kain.
Jiran  : Idai kain ke?
Akak : Ye, idai kain (sambil senyum...dalam hati kata, tak akak tengah menyapu ni (kang aku jawab macam tu kang, masam muka pulak)....hehehe
Kalau cik somi tak pelah sebab dia dah faham sangat2 dengan perangai bini dia ni....maka jomlah kita kongsi menonton video ini....ye


HAHAHA....

SERAM

Minggu lepas anak akak yang belajar di KMJ telepon. Pukul 11 malam pulak tu. Ingatkan ada apa2 masaalah ke, rupa2nya nak cerita yang budak depan dorm dia kena rasuk. Anak akak ni pernah cerita yang dia ada 2 kali kena kacau. Dia kena hempap masa tidur.
 Lepas tu kawan2 bilik dia pernah nampak dia bangun tengah malam padahal anak akak tu tengah tidur. Alahai seram juga. Tapi budak2 ni dia orang kuat semangat. Akak pun pesan banyak2 baca ayat kursi dan 3 kul.
Berbalik pada hari dia telefon tu, budak yang kena rasuk tu duduk depan bilik dia.Sebelum kena rasuk, petang tu budak perempuan tu ada berjalan2 di padang squash KMJ. Bila maghrib dia naik bilik dan kawan bilik dia perasan dia dah nampak lain macam.
Tiba2 dia menjerit. Panggil ustaz. Ustaz pun baca ayat2 tertentu untuk menghalau syaitan yang merasuk budak tu. Ustaz pun berdialog (wah! macam drama pulak) dengan makhluk yang berada dalam badan budak tu. Dari mana dia datang? Duk tang mana? Ustaz suruh keluar dari badan budak tu tapi makhluk laknat tu tak nak....dia boleh sound kat ustaz tu "aku takan bagi kamu semua hidup senang, aku akan heret kamu ke neraka"...
Bila penat ustaz suruh budak2 lelaki ganti dia azan bergilir2. Jahat punya syaitan dia boleh gelak bila budak2 tu azan. Mungkin nak mempermainkan budak2 tu, maklumlah budak2 bukan ustaz..Tapi budak2 tu tak putus asa. Lama kelamaan syaitan tu kepanasan dan menjerit suruh berhenti azan "sudah...sudah...sudah, aku sakit"
Akhirnya syaitan tu mengalah tapi masih ada lagi di dalam badan budak perempuan. Kesian.
Budak tu di bawa pulang oleh keluarga dia untuk berubat di kampung. Kesian jugak dia, ye lah nak belajar pun tak boleh angkara syaitan durjana.
Dari apa yang anak akak beritahu, budak ni ada satu barang yang sangat dia sayang sampaikan tidur pun dia bawa. Barang tu telah diberi oleh salah seorang keluarganya. Ada orang kata yang mengacau tu saka. Dan lagi budak yang kena kacau tu mengaji pun tak tau. Entahlah macam2 orang boleh cerita dan kata, hanya Allah S.W.T je yang tahu.
Sebelum ni memang akak kurang percaya cerita2 macam ni tapi ni anak akak dah tengok sendiri depan mata, barulah akak percaya. Selama ni duk tengok cerita2, drama2 dan filem2 seram, dok fikir "ah! ni dia orang reka je nak bagi cerita sedap"...Walaupun ada kemungkinan ada tokok tambahnya. Apa yang pasti syaitan tu tak senang selagi kita tidak mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(QS. Al-Baqarah : 169)"
                                                         
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (QS.An-Nisa : 120 )".