umi

umi

Wednesday, October 23, 2013

YA! ALLAH SEDIHNYA

Sedih dan takut akak baca berita ini. Kerana akak pun ada anak perempuan.

MAYAT REMAJA PEREMPUAN DI SUMBAT DALAM BEG.
- Wednesday: 2013-10-23 01:39:38'.



Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa.
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan budak perempuan, Ng Yuk Tim, berusia 15 tahun.
Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Oetaling Jaya pada pukul 5 petang untuk disoal siasat.
Sekumpulan wartawan menunggu di IPD berkenaan untuk mendapatkan komen daripada pihak polis serta keluarga Ng sejak pukul 8 malam Selasa.
Sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada remaja berkenaan masih hidup atau sebaliknya.
Kali terakhir mereka berhubung dengan Yuk Tim, pada pukul 2.30 petang Isnin apabila dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, mengajaknya keluar minum pada malam berkenaan.


Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.
Rakannya itu telah membalas SMS mangsa beberapa minit kemudian namun ia gagal diterima.
Remaja berkenaan meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin untuk bersarapan dengan beberapa orang rakannya.
Sementara itu, satu mayat ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas, Shah Alam pada pukul 10 malam, ia dipercayai mayat Yuk Tim.
Difahamkan suspek membantu pihak polis menjejaki tempat kejadian.


Friday, October 11, 2013

PENGASUH

Akak ada terbaca kisah yang terbaru mengenai pengasuh yang mendera seorang bayi berusia 5 bulan. Pengasuh itu telah memberikan susu panas kepada bayi itu sehingga tekaknya melecur teruk. Kejadian terbaru ini berlaku di Sungai Buluh. Keadaannya sekarang terpaksa minum susu melalui tiub. Kesian bayi itu disebabkan kelalaian pengasuhnya.
Jika hendak dikatakan pengasuh itu tidak sengaja, pada akak tak mungkin. Sebab semasa membancuh susu takkan lah dia tak dapat rasa samaada botol yang dipegangnya itu panas, sederhana panas atau sejuk.
Ibu bapa mana yang tidak akan rasa berang jika perkara ini terjadi kepada anak mereka. Kejadian didera oleh samaada pengasuh persendirian, nurseri atau taska agak sering juga di dengari. Itu tidak termasuk lagi kes didera oleh pembantu rumah.
Apalah budak2 sekecil itu diperlakukan seperti itu. Bagaimanakah perasaan sipendera itu. Entahlah, akak sangat2 tak faham.
Melalui pengalaman akak semasa kegawatan hidup akak dan cik somi, akak pernah menjadi pengasuh. Itu pun setelah diminta bersungguh2 untuk mengasuh oleh jiran akak sendiri. Kebetulan pula akak memang memerlukan pendapatan sampingan untuk membantu cik somi dan juga akak memandangkan anak bongsu akak sudah besar dan bersekolah. Akak pun fikir, boleh juga kerana akak memang sukakan budak2 terutama budak perempuan.
Maka bermulalah episod akak menjadi pengasuh kepada 2 orang budak comel ni.Kedua2nya perempuan. Si adik dan si kakak. Si adik waktu itu baru berumur 6 bulan dan si kakak berumur dalam 2 tahun. Mereka budak2 yang sangat senang dijaga. Terutama si kakak yang sudah faham dengan apa yang kita cakap.

Ketika ini si adik hampir berumur setahun dan si kakak 3 tahun

Menjaga samaada bayi atau kanak2 tidak akan menjadi satu masaalah seandainya kita tahu mengendalikan mereka secara bijak. Mereka tidak akan buat perangai atau meragam jika mereka cukup tidur, kenyang dan tidak sakit. Sabar adalah satu perkara yang sangat2 penting ketika menjaga mereka. Jika mereka nakal, kita hendaklah bercakap dengan mereka secara lembut dan beritahu akibat daripada perbuatan nakal mereka.
Bagi akak kalau mereka belum bersedia hendak mengasuh anak orang, tak payahlah. Jangan di sebabkan kita hanya hendakkan upah yang beberapa ratus ringgit itu kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas.
Kerana ini membuatkan kita mendapat rezeki yang tidak berkat.
Ibu bapa mereka bersusah payah mencari rezeki dan mengharapkan kita sebagai pengasuh dapat mengasuh anak mereka dengan baik. Kita juga hendaklah ada perasaan berbelas kasihan. Janganlah didera makhluk yang tak tahu apa2 itu.
Kini akak sudah meninggalkan bidang asuh mengasuh ni. Tapi akak masih lagi rindukan anak2 yang pernah akak asuh. Akak sayang kan mereka kerana mereka anak2 yang suci.

Akak jaga si comel Akid ni dari umur dia 6 bulan sehingga 1 tahun lebih
dan juga 

si budak baik Asyraf




Thursday, October 10, 2013

ASAM PEDAS

Asam pedas, emmm ramai orang suka makan asam pedas. Samalah juga akak dan keluarga akak. Lain negeri lain cara memasak asam pedasnya. Agak2 asam pedas berasal dari negeri mana, ye? Johor, Melaka, Negeri Sembilan, entah akak pun tak tau. Akak tau masak versi akak je. Janji ada rasa dan rupa.

ASAM PEDAS VERSI AKAK

Bahan2nya:
2 ekor ikan bawal sedang (ikut suka hati nak masak ikan apa2 pun)
*15 tangkai cili kering (macam biasa, rebus dulu)
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*2 cm halia
Belacan
Garam
Gula
Bahan perasa (selalu akak guna tumix perasa ikan bilis)
Segenggam asam jawa (bancuh, ambil airnya...kalau tak suka masam, boleh kurangkan)
Sebiji tomato
Bendi
Seikat daun kesum (kalau tak de ni maka tak lengkaplah asam pedas)
:Bahan2 yang bertanda * hendaklah diblender. Masukkan sedikit minyak masa nak blender tu untuk menghancurkan biji cili:

Cara2nya:
Ikan dibersihkan. Panaskan minyak (agak2 lah...jangan banyak sangat macam nak goreng ikan atau ayam...lebih kurang dalam sesenduk). Tumiskan bahan2 yang telah diblender sehingga agak2 garing.
Masukkan air sedikit dan air asam jawa. Kemudian masukkan belacan, garam, gula dan bahan perasa.
Bila dah mengelegak, masukkan ikan, tomato, bendi. Tunggu sehingga masak. Ada orang suka asam pedas yang pekat, ada juga yang suka agak2 cair maka terpulanglah kepada anda. Sebelum tutup api masukkan daun kesum. Rasalah asam garamnya.

Asam pedas versi akak


IKAN KELI BERLADA

Akak ingat masa kecik2 dulu, masa tu ayah akak mengusahakan sawah padi. Ayah akak selalulah menahan jala untuk menangkap ikan seperti ikan keli, ikan haruan, sepat dan puyu. Pada masa itu memang jarang lah dapat makan ikan laut ni. Makanya ikan2 darat ini lah yang menjadi lauk sebagai pelengkap hidangan kami. Masa kecik2 kami tak banyak kerenah, kerana kami faham hanya itulah yang kami mampu. Tapi bila dah tua ni tekak akak mengada2 pulak tak boleh terima masakan ikan keli ini.
Anak2 akak dan cik somi amat mengemari ikan keli ni. Jika kami makan di kedai @ restoran dan terdapat masakan ikan keli ini, maka itulah yang pertama sekali mereka akan ambil. Demi memenuhi selera mereka, akak tak keberatan untuk menyediakan masakan ikan keli walaupun akak tak makan.
Selalunya akak akan beli ikan keli yang sudah siap disiang kerana tak sanggup akak nak menyiangnya.Selalunya resepi ini lah yang menjadi kegemaran mereka.

IKAN KELI BERLADA:
Bahan2nya:-
                  3 ekor ikan keli (boleh beli yang sudah disiang dan untuk menghilangkan                                        hanyirnya akak basuh dengan segenggam asam jawa)
                  Garam
                  Serbuk kunyit
                  Ikan digaul dengan garam dan kunyit. Digoreng sehingga masak dan agak garing.
                  *15 helai tangkai cili kering (direbus)
                  *1 biji bawang besar
                  *2  ulas bawang putih
                  * seinci halia
                   sedikit belacan
                   gula
                   bahan perasa
                   asam keping
                   Bahan2 bertanda * hendaklah di kisar. Nak tumbuk pun boleh tapi akak blender
                   je, tak kuasa nak menumbuknya. Jika nak menghancurkan bijik lada semasa                                mengisarnya campurkan sedikit minyak.
Cara2nya:
                  Panaskan minyak (boleh juga gunakan minyak yang mengoreng ikan). Tumiskan
                  yang telah di blender sehingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit air.
                  Masukkan belacan, gula, bahan perasa dan juga asam keping. Rasalah asam                                   garamnya. Tumislah sehingga sebati dan bila sudah sebati bolehlah dituangkan ke                     atas ikan yang telah disusun didalam pinggan.
                               
                        Ikan keli berlada ku

Ikan keli



Friday, October 4, 2013

MAKAN PUN KENA BERHATI2...

Baru2 ini kita dikejutkan dengan satu berita dari utara tanah air yang mengkhabarkan seramai 3 orang maut dan kritikal selepas makan di majlis kenduri kahwin. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.Hasil dari siasatan mendapati mangsa telah memakan ayam masak merah yang mengandungi bakteria salmonela.
Ini adalah kerana keadaan penyimpanan yang tidak sesuai dan kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak yang menyebabkan faktor penyakit berkenaan.
Bersempena dengan cuti sekolah yang hampir tiba ni maka banyaklah kenduri kahwin yang akan di adakan maka banyaklah pula undangan yang kena dipenuhi. Rasa2nya cuak juga nak makan nanti. Bukan apa akak pernah juga mengalami pengalaman kena keracunan makanan ni akibat dari makan di restoran. Hai! seksa jugalah. Mana taknya terpaksa berulang alik ke bilik air sampai lembik dah badan.
Rasa nak angkut je tilam bantal duk dalam bilik air, tak yah susah2 nak baring bangun. Tapi nasib baik, Alhamdulillah akak punya penyakit tu tak teruk sampai kena masuk wad hospital hanya makan ubat di klinik je. Kalau tak tentu dah arwah dah akak. Maka tak delah blog yang ala2 sendu ni.
Itulah sekarang ni kalau nak makan pun kena berhati. Ini dapat dielakkan jika kita mengambil berat.
Bagaimana cara terbaik menghindari perkara ini? Ini ada sedikit langkah2 yang boleh dilakukan:-

* Jika berbelanja dipasar, ambil dahulu bahan keperluan lain selain makanan dan ditempatkan disatu sudut   didalam troli @ bakul anda. Kemudian, barulah memilih bahan makanan segar seperti daging, ayam, sayur dan telur.

* Periksa bahan makanan yang diambil ditakuti rosak, menggelembung dan sebagainya.

* Jangan minum susu dan makan telur atau ikan mentah apatah lagi jika sedang menderita sakit atau mempunyai kelainan pada sistem imunisasi tubuh.

* Sebelum beli telur, periksa terlebih dahulu kesegarannya, tarikh luput dan telur berada dalam keadaan baik (tidak retak @ bocor). Dan pastikan telur hendaklah dibasuh sebelum digunakan (sebab telur tu keluar tang mana, faham2 jelah). Telur yang tidak dibasuh bukan saja dikhuatiri mengandungi bakteria malahan adalah haram dimakan.

*Jika membeli makanan, pilih makanan yang dijual ditempat yang terpelihara kebersihannya.

*Keracunan memakan makanan laut seperti kerang juga sering berlaku maka berhati2lah ketika memilihnya.

*Jika perjalanan melebihi satu jam, pastikan makanan yang mudah rosak seperti daging ditempatkan didalam bekas berisi ais.


PERPISAHAN

Anda kehilangan? Dia pergi meninggalkan anda? Apakah anda sedang bersedih sekarang? Jangan terlalu bersedih sebab setiap yang kita temui dan pernah bersama2 kita, hujungnya akan pergi juga. Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat2 kita sayang, sebab pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimana kita cuba mengelak.
Seandainya dia pergi disebabkan kematian, redhalah atas pemergiannya itu. Buktikan kecintaan abadi anda dengan memanjatkan doa dan bersedekah Al-fatihah banyak2 buatnya agar dia di alam sana mendapat manafaat dari kasih sayang dan kecintaan abadi anda itu.

SURAH AL-FATIHAH


Usah terlalu ditangisi sebab kita juga tidak akan selamanya tinggal di bumi ini, tiba masanya kita akan menyusul juga.
Andainya dia pergi akibat perpisahan cinta, barkanlah dia pergi sebab setiap orang berhakmenentukan siapa yang mahu dicintainya dalam hidup. Jika dia memilh orang lain, biarkanlah dia pergi sebab kita juga berhak membuat pilihan kita pula. Tidak perlu kita terlalu menyesali satu2 perpisahan sebab kita tidak pernah tahu apakah setiap pertemuan itu baik buat kita, atau sebenarnya perpisahan lebih bermakna untuk kita, demi kebaikan kehidupan kita di dunia juga akhirat.
(petikan ini dari Majalah Mingguan Wanita)

Yelah kan adik2...jangan terlalu frust sangat putus cinta tu sampai menonggeng dan tertonggeng2 kerana......


Wednesday, October 2, 2013

ANAK2 DULU VS ANAK2 SEKARANG

Terkejut sungguh akak apabila terbaca dalam harian metro mengenai berita tentang 6 orang budak 14 tahun di tahan kes rogol. Mengucap panjang akak. Apalah nak jadi dengan anak2 sekarang.Mungkin kerana pengaruh pengunaan teknologi moden sekarang ini membuatkan mereka  terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya. Apakah yang akan terjadi kepada masa depan mereka.
Sesungguhnya akak merasa takut dan ngeri dengan dunia sekarang terutama berkaitan dengan anak2. Kalau dulu orang takut beranak ramai kerana takut tak terberi makan tapi sekarang takut beranak ramai kerana takut dengan situasi dunia sekarang yang begitu mencabar sehingga membuatkan anak2 menjadi lebih matang dari usia sebenar.
Adakah kita hendak menyalahkan teknologi2 moden itu atau ibubapa yang kurang memberi perhatian kepada anak2 mereka. Jika dulu kita sangat takut apabila mendengar cerita teladan tentang anak2 yang derhaka. Contohnya cerita batu belah batu bertangkup dan si tanggang.
Masa akak kecik2 dulu takut sangat kalau nak buat sesuatu yang salah kerana dalam fikiran akak masa tu kalau akak buat salah dan mak marah, mak akak akan pergi kepada batu belah batu bertangkup untuk dimakan atau akak akan disumpah menjadi batu seperti si tanggang. Begitu berkesannya cerita teladan itu kepada diri akak. Akak cuba2 juga gertak anak akak masa dia orang umur2 sekolah rendah yang akak konon2nya merajuk dengan peel dia orang dan nak pergi ke batu belah batu bertangkup tapi apa yang mereka komen....
(Adik)  : Batu belah batu bertangkup mana ada  wujud.
(Abang): Tak boleh bunuh diri, nanti berdosa masuk api neraka.....
Sabar jelah...
Akak rasakan kalau wujudlah batu belah batu bertangkup sekarang ni agaknya ramai mak2 berbaris menunggu giliran untuk ditelan. Siap ambik nombor giliran lagi. Atau pun kalau sumpahan mak sangat2 menjadi seperti mak si tanggang, akak rasa banyak lah patung2 yang ada sekarang ini.

Kononnya inilah yang di katakan batu belah batu bertangkup tu.


Kononnya inilah si tanggang yang di sumpah menjadi batu di Indonesia.

ROKOK

Rokok dah naik harga lagi. Tapi cik somi tetap tak nak berenti merokok. Katanya dia dah kurang dah merokok. Dari sekotak sehari dah kurang kepada 4 batang je sehari. Alhamdulillah.
Mak sedara cik somi sound kat akak " suruhlah cik somi mu berenti merokok"
Jawab akak "kalau saya berbuih mulut suruh dia berenti merokok tapi dia sendiri yang tak nak, saya nak buat macamana"...
Kebetulan pula anaknya seorang doktor ada juga di situ, mengangguk setuju.
Padahal kan doktor dah mengesahkan orang yang merokok ni akan mendapat bermacam2 penyakit.
Sampaikan dekat kotak rokok tu di tepekkan bermacam2 gambar yang mengerikan daripada akibat menghisap rokok.

Kan mengerikan gambar2 tu.

Tapi itulah. Nak buat cam ne kalau yang empunya badan sendiri tak nak, apa yang boleh akak buat hanyalah berdoa dan terus berdoa agar cik somi berentilah merokok. Sape tak sayang laki oiiii. 



Monday, September 9, 2013

UPSR

Anak bongsu akak akan mnghadapi peperiksaan UPSR esok. Akak tengok dia relax je. Akak pulak yang susah hati. Akak tanya lah dia.
"Ali tak risau ke esok nak peksa"
"Ala, UPSR je"
Amboi, sesedap rasa je menjawab budak ini. Macamlah dia tu pernah melalui peperiksaan yang lebih susah lagi daripada itu. 
Pada malam jumaat sebelum ini, sekolah anak akak itu mengadakan solat hajat untuk peperiksaan UPSR ni. Maka akak dan cik somi pun turut sama menghadirinya.
Pihak sekolah juga turut membekalkan air surah yassin dan kismis untuk budak2 yang nak ambik peksa. Terfikir juga akak, kalo minum 10 botol air surah yassin dan makan sekilo kismis, kalo tak belajar pun tak guna juga. Tapi itu salah satu usaha pihak sekolah. Ye lah, Allah tu Maha Berkehendak kalau dia nak bagi pun tak mustahil kan. Kalau Dia tak nak bagi, belajar sampai lebam bijik mata pun tak lulus juga kan.

Air surah yassin dan kismis yang di beri pihak sekolah, Terima kasih banyak2.

Harapan akak si bongsu akak dapatlah menjawab peperiksaanya esok dengan mudah dan tenang. Semoga dia dapat membanggakan sekolahnya. 

Doa ketika masuk bilik peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
 وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
 وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
 
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
 وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
 يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
 Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.
 
 
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
 
 
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.
 Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
 
Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
 
Asal
 Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006

Friday, September 6, 2013

DAH TAU TANYA LAGI

Pernah tak melalui situasi seperti ini:
Situasi 1.
Akak tengah lipat kain.
Cik somi (baru balik keja): Lipat kain ke?
Akak : Tak, tengah masak.

Situasi 2.
Hari tengah hujan.
Cik somi (berdiri di muka pintu) : Hujan ke?
Akak : Taklah, bukan hujan tu, salji.

Situasi 3.
Tengah mengidai kain.
Jiran  : Idai kain ke?
Akak : Ye, idai kain (sambil senyum...dalam hati kata, tak akak tengah menyapu ni (kang aku jawab macam tu kang, masam muka pulak)....hehehe
Kalau cik somi tak pelah sebab dia dah faham sangat2 dengan perangai bini dia ni....maka jomlah kita kongsi menonton video ini....ye


HAHAHA....

SERAM

Minggu lepas anak akak yang belajar di KMJ telepon. Pukul 11 malam pulak tu. Ingatkan ada apa2 masaalah ke, rupa2nya nak cerita yang budak depan dorm dia kena rasuk. Anak akak ni pernah cerita yang dia ada 2 kali kena kacau. Dia kena hempap masa tidur.
 Lepas tu kawan2 bilik dia pernah nampak dia bangun tengah malam padahal anak akak tu tengah tidur. Alahai seram juga. Tapi budak2 ni dia orang kuat semangat. Akak pun pesan banyak2 baca ayat kursi dan 3 kul.
Berbalik pada hari dia telefon tu, budak yang kena rasuk tu duduk depan bilik dia.Sebelum kena rasuk, petang tu budak perempuan tu ada berjalan2 di padang squash KMJ. Bila maghrib dia naik bilik dan kawan bilik dia perasan dia dah nampak lain macam.
Tiba2 dia menjerit. Panggil ustaz. Ustaz pun baca ayat2 tertentu untuk menghalau syaitan yang merasuk budak tu. Ustaz pun berdialog (wah! macam drama pulak) dengan makhluk yang berada dalam badan budak tu. Dari mana dia datang? Duk tang mana? Ustaz suruh keluar dari badan budak tu tapi makhluk laknat tu tak nak....dia boleh sound kat ustaz tu "aku takan bagi kamu semua hidup senang, aku akan heret kamu ke neraka"...
Bila penat ustaz suruh budak2 lelaki ganti dia azan bergilir2. Jahat punya syaitan dia boleh gelak bila budak2 tu azan. Mungkin nak mempermainkan budak2 tu, maklumlah budak2 bukan ustaz..Tapi budak2 tu tak putus asa. Lama kelamaan syaitan tu kepanasan dan menjerit suruh berhenti azan "sudah...sudah...sudah, aku sakit"
Akhirnya syaitan tu mengalah tapi masih ada lagi di dalam badan budak perempuan. Kesian.
Budak tu di bawa pulang oleh keluarga dia untuk berubat di kampung. Kesian jugak dia, ye lah nak belajar pun tak boleh angkara syaitan durjana.
Dari apa yang anak akak beritahu, budak ni ada satu barang yang sangat dia sayang sampaikan tidur pun dia bawa. Barang tu telah diberi oleh salah seorang keluarganya. Ada orang kata yang mengacau tu saka. Dan lagi budak yang kena kacau tu mengaji pun tak tau. Entahlah macam2 orang boleh cerita dan kata, hanya Allah S.W.T je yang tahu.
Sebelum ni memang akak kurang percaya cerita2 macam ni tapi ni anak akak dah tengok sendiri depan mata, barulah akak percaya. Selama ni duk tengok cerita2, drama2 dan filem2 seram, dok fikir "ah! ni dia orang reka je nak bagi cerita sedap"...Walaupun ada kemungkinan ada tokok tambahnya. Apa yang pasti syaitan tu tak senang selagi kita tidak mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(QS. Al-Baqarah : 169)"
                                                         
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (QS.An-Nisa : 120 )".



Thursday, July 11, 2013

KERENAH ANAK-ANAK BERPUASA

Anak bongsu akak, lelaki baru balik dari sekolah. Sampai kat rumah je terus duduk atas sofa. Gelisah je. Muka pun berkerut je.
Akak tanya " kenapa sayang, sayang lapar ke, tahanlah sikit....sikit je lagi nak berbuka"...
Anak akak jawab " Tak, Ali tak lapar"
"Abih tu kenapa"
"Ali nak berak"
"Abis tu pergi je lah"
"Ali takut batal puasa"
Nak gelak guling2 pun ada rasanya. Tapi akak tahan je sebab kalau akak gelak mesti dia marah. Kalau ada kakak dan abangnya mesti dia orang akan gelak sampai guling2. Rupa2 nya tahan berak sebab takut batal puasa. Dia keliru antara batal air sembahyang dengan batal puasa. Maklumlah puasa setahun sekali.
Teringat masa sekolah rendah dulu, balik sekolah panas.Maklumlah tengahari. Puasa pulak. Balik2 terus campak beg masuk bilik air. Konon2nya nak basuh muka. Tapi faham2 je lah...Budak2. Ayah tanya "puasa.?...aik...tanya orang puasa ke tak...Semestinya jawapan yang keluar "puasalah". Takut akak kalau terkantoi...ayah akak garang. Buat2 muka penat ler. Haus sangat lah tu kononnya padahal dah teguk air. Nakal.
Tapi itu cerita dulu2. Bagi anak2 akak mereka tak penat sangat berpuasa kot sebab pergi sekolah berhantar, balik berjemput. Kat sekolah ada kipas. Masuk kereta ada aircond jadi dugaan berpuasa tu kuranglah berbanding kita dulu yang balik sekolahnya tengahari buta yang terik dan panas. Akak melatih anak2 akak berpuasa sedari umur mereka 7 tahun. Itupun separuh hari je. Tapi akak tak paksa sangat mereka berpuasa. Sebelum berpuasa akak dah memberi penerangan kepada anak2 akak, apa itu puasa dan kenapa kita berpuasa.
Nampaknya mereka faham. Alhamdulillah mereka berpuasa tanpa apa2 upah. Cuma akak layankan aje apa yang mereka nak makan masa berbuka. Kalau akak mampu masak, akak masak. Kalau tak, pasar ramadhan ada kannnn. Apa susah.





Thursday, June 27, 2013

KEGILAAN APAKAH INI - CANDY CRUSH SAGA

Memang tak de niat pun akak nak terjebak dengan permainan tu tapi macamana boleh terjebak juga ye. Heran! heran!. Candy crush saga oiiii. Mula2 fikir, mainan apa ni...macam budak2 je. Ada yang request kat fb akak. Tak nak tergodalah. Tak jadi kerja nanti. Try bukak niatnya nak tau game ni macamana. Ramai sangat yang duk main. Try main. Eh! macam bestlah pulak. Try main lagi. Memang best pun. Tapi akak main masa lapang je tau. Tak de lah sampai tak jadi kerja. Kang bising pulak cik somi. Akak pandai juga cover. Time cik somi ada akak tak layanlah game ni.
Ramai betul yang suka game ni. Akak pun heran kenapalah diaorang ni suka kat candy crush saga ni (akak ooo akak, ko tanya orang ke ko tanya diri ko sendiri). Bercakap mengenai game ni, bukan saja sekadar game. Kegilaannya menyebabkan bermacam2 benda nak di kaitkan dengan candy crush saga ni.

kek candy crush saga

t-shirt
sampaikan restoran pun

Ini pun
Hai! sampai begitu sekali penangan game ni. Candy crush saga...candy crush saga...


Main, main juga tapi jangan sampai leka ye..adik2, akak2, abang2, anak2....


Wednesday, June 5, 2013

AYAM PEDASSS

Ayam....ramai yang suka makan ayam. Terutamanya kanak2. Mak akak pernah cakap "budak2 sekarang besar2, tinggi2 sebab banyak makan ayam suntik". Ye lah kot. Nanti akak google akan kesahihannya. Tapi akak bukan nak cerita perihal ayam. Akak nak kongsi resepi original akak menggunakan daging makhluk yang berkaki dua tu. Resepi yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Resepi yang bukan copy and paste ye.
Resepinya amat2lah mudah kerana akak kan suka yang mudah2 aje.

Bahan2nya:
                 10 ketul ayam
                 15 biji cili kering (direbus terlebih dahulu)
                 1   biji bawang besar (merah punya)
                 2   ulas bawang putih
                 1   keping asam
                 garam
                 gula
                 bahan perasa
                 serbuk tumix @ knoor (kalau suka)

Cara2nya:
Bersihkan ayam. Kisarkan cili, bawang merah, bawang putih bersama2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yang dah di kisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan ayam. Biarkan seketika. Tambahkan sedikit air untuk memasakkan ayam itu. Ketika ini terus masukkan garam, gula, bahan perasa, serbuk tumix dan asam keping supaya dalam proses mengeringkan air, semua bahan2 itu dapat menyerap dalam daging ayam itu. Masaklah sehingga terbit minyak.
Dah masak angkat dan hidangkan. Apa lagi ambik nasi, makan....

Akak's ayam pedas

Dan ada satu lagi berkenaan dengan ayam........

Ayam - Jalil Hamid


Tuesday, June 4, 2013

AKHIRNYA KE MATRIKULASI JUGA

Dah seminggu anak akak belajar kat Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor. Hasil dari perbincangan kami akhirnya anak akak bersetuju menerima tawaran belajar di sana.Itupun setelah keputusan UPU keluar dan anak akak dapat Diploma In Science. Dek kerana terlalu ingin menjadi seorang doktor maka dia pun tanpa memikir panjang tidak menerima tawaran diploma dari UITM itu. Bagi akak mana2 pun akak tak kisah asalkan dia nak belajar. Jangan dia mintak nak kahwin, sudah. Nak sakit (ayat biasa akak bila anak2 mintak benda yang pelik2).
Akak pergi ke Tangkak sehari sebelum hari pendaftaran. Sampai Tangkak cari hotel...jawapannya semua "full house". Cari homestay pun penuh. Aduh! tanya orang2 kat situ kat mana ada lagi hotel. Tak ada. Semua penuh. Rupa2nya kalau hari pendaftaran memang hotel2, homestay penuh. Kerana bukan 10, 20 orang yang datang nak daftar. 2 ribu lebih, akak nak kata. Pulak tu yang nak daftar belajar si anak je tapi yang mengiringi tu ramai. Ada kawan anak akak tu atuk, nenek, mak sedara, pak sedara pun datang juga (tak puas hati nampaknya akak) Manakan tak penuh hotel2 dan homestay2. Akak ingat tak yah lah booking2 pelbagai, rupa2nya diaorang dah booking sebulan sebelum pendaftaran. Aduh! lain kali tanya orang ye akak. Malu bertanya sesat jalan.
Cari punya cari tak ada, maghrib pun nak masuk. Badan pun dah penat. Nak pergi ke Jasin pun takut penuh juga. Cik somi dah bertukar dah nada suara. Ye lah! penat memandu kan, sian juga. Tengah minum kat kedai makan sambil tanya2 kat orang kat situ, adalah seorang hamba Allah tanya nak sewa tak ada satu rumah yang penyewanya baru saje keluar pindah tapi kosonglah rumah tu tak ada perabut hatta tilam bantal.
Kami pun pergi tenguklah rumah tu dan kami bersetuju. Nasib baik mak cik tuan punya rumah sudi meminjamkan toto, bantal dan selimut. Maka tidurlah kami dengan lenanya (penat sangatlah tu)di rumah kosong itu.Walaupubagaimana pun akak bersyukur amat sangat kepada Allah. Rupa2nya bukan kami sahaja yang tidak ada tempat tidur tapi ramai lagi sampai ada yang tidur dalam kereta je.
Pengajarannya kepada sesiapa (akak pun) lain kali kalau nak daftar anak di mana2 pun dan kita dari tempat yang jauh dan kita terpaksa bermalam maka rajin2lah tanya, baca (internet kan ada) pengalaman orang2 yang pernah pergi mendaftar anak. Jangan jadi macam akak yang rasa macam anak akak sorang je yang nak mendaftar. Dan kepada anak akak, jadikan ini satu pengalaman betapa umi dan abahmu (umi dan abah orang lain juga) sanggup berbuat apa2 sahaja supaya anak2 dapat belajar. Belajar itu kena ada kesabaran dan kesungguhan baru kita boleh berjaya. Tak kira di mana kita belajar samaada di asasi ke, matrikulasi ke atau tingkatan 6.


Di sinilah anak dara akak belajar


Thursday, May 9, 2013

BANGSA DAN UGAMA

Akak dah biasa berjiran dengan bangsa yang lain dari melayu. Dan anak2 akak sudah terbiasa berkawan dengan bangsa yang lain dari melayu. Sedari tadika lagi anak sulung akak bermain dengan anak jiran yang berbangsa cina. Dan sehingga ke sekolah menengah kawan baiknya berbangsa india yang lebih fasih berbahasa melayu daripada bahasa ibundanya sendiri. Setiap kali peperiksaan, markah matapelajaran Bahasa Malaysianya lebih bagus daripada markah anak akak sendiri.
Sudah tentulah Englishnya terlebih2 lagi bagusnya daripada anak akak. Akak sendiri pernah bekerja dibawah majikan yang berbangsa cina. Sememangnya mereka ini sangat tegas dalam menjalankan tugas. Pernah akak diberitahu sudah beberapa orang pekerja berbangsa melayu hanya bekerja satu hari saja kerana tidak tahan di marah oleh majikan. Sedangkan cina boleh tahan dengan situasi seperti itu. Hanya akak saja yang boleh bertahan selama setahun itupun sebab akak berhenti sebab nak jaga anak. Dan mungkin juga sebabnya akak ni memang berhati keras dan cekal (cewah...puji jangan tak puji).
Akak sebenarnya tak senang nak bercakap pasal bangsa2 ni memandangkan sekarang ni macam2 cerita keluar di muka buku (face booklah tu) dan surat khabar. Ada yang positif, ada yang negatif. Memang isu yang sensitif. Akak hanya nak menceritakan pengalaman akak je. Bagi akak semua bangsa pun ada kelebihannya.
Apa yang penting bagi akak ialah akak bertuah dan bersyukur lahir sebagai seorang yang berugama Islam. Menjadi seorang muslim adalah nikmat yang tidak terhingga. Akak selalu pesan dengan anak akak agar menunjukkan sikap yang baik agar orang memandang betapa indahnya dan bagusnya Islam itu. Bergaullah dengan mereka yang berlainan ugama dengan akhlak yang mulia agar mereka memandang hormat kepada ugama kita. Islam merangkumi cara hidup. Islam ugama yang lengkap. Islam tidak memandang apa bangsamu, apa warna kulitmu, apa keturunanmu.

Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam mengingatkan umatnya:
"إن الله تعالى لا ينظر إلى صوركم وأجسامكم, ولكن ينظر إلى قلوبكم وإعمالكم"
Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa paras kamu dan warna kulit kamu, akan tetapi Allah memandang pada hati kamu dan amalan-amalan kamu".





Thursday, April 25, 2013

UNDI DAN MENGUNDI

1hb. mei ni hari buruh, 16hb. mei hari guru dan hujung bulan mei ni pun bermulanya cuti sekolah penggal ke 2. Bagi negeri Pahang pun bulan mei ni hari keputeraan sultan Pahang (tak ingat dah berapa haribulan). Hari yang sangat2 penting di bulan mei ni ialah hari mengundi pada 5hb. mei. Pada sape2 yang duduk jauh, yang kena mengundi kat kampung halaman maka bersiap sedialah untuk pulang mengundi.
Bagi yang pertama kali mengundi tentu teruja nak mengundi. Adik2 tentu dah tahu cara2 nak mengundi dengan betul. Masing2 mungkin sudah di terangkan cara2 nak mengundi dengan betul. Kalau silap nanti rosak undi. Dah rugi satu undi. 

Contoh undi rosak

kalau orang tanya "kau undi apa"...Maka ramailah yang menjawab "UNDI ADALAH RAHSIA". Dan itulah jawapan akak kalau ada yang sudi bertanya. Hanya kepada orang2 yang tertentu saja yang akak akan pecahkan rahsia akak. hahahaha (cuba agak2 akak undi apa, kalau akak2 dan adik2 bijak) tapi maaf ye tak de hadiah.
Bukan saja cara kita mengundi itu penting, tapi siapa yang kita nak undi itu berlebih2 pentingnya. Terpulanglah pada diri kita nak mengundi siapa dan siapa yang kita rasa layak dan menepati citarasa kita.
Sebagai pengundi kita berhak mengenali siapa orang yang nak kita undi itu. Dari situ kita boleh jadikan panduan samaada ianya layak di undi atau pun tidak. Orang yang kita undi itulah yang akan memimpin kita dan generasi kita. Undi dengan bijak, takut tersalah undi sedangkan ada orang yang lebih layak untuk menjadi pemimpin kita.

Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”- Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas

                                                          Dr. Muhaya

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"
-Prof Dr Muhaya-
Maka pandai2 lah nak undi sape, ye? (dah dapat teka, akak undi apa)....Sekali lagi di ingatkan tak de hadiah.



Wednesday, April 24, 2013

KEMEWAHAN

Mewah. Siapa yang tidak mahu hidup mewah. Semua orang nak hidup mewah.

Kereta mewah

Rumah mewah

Barangan berjenama

Ada yang lahir2 je dah mewah kerana ibu dan bapanya sememangnya sudah mewah. Ada yang berusaha dari bawah sehinggalah mereka berjaya mencapai kemewahan hasil dari usaha gigih mereka. Cara mana mereka mengusahakannya samaada secara telus atau tidak. Ada yang hendak mendapatkan kemewahan dengan cara mudah tanpa perlu bersusah payah dengan menggunakan orang lain sebagai alat untuk mencapai  
apa yang mereka kehendaki. Tapi itu pun usaha juga kan tapi jangan buat ye akak2 dan adik2 semua. Kalau kena caranya tak pe.
Perihal mewah dan bermewah2 ni akak adalah tertonton (nampak macam sengaja je) drama bersiri korea ni kat channel one HD. Akak memang suka menonton drama2 korea dari drama2 melayu. Ada kawan akak tanya tak tengok ke drama Adam dan Hawa. Akak kata tak. Dia jawab apalah mu ni drama tu kan tengah top. Tak pelah nanti kalau ada ulangan akak tengok, ye.

Tajuk drama korea tu "Cheongdam dong, Alice.

Sinopsis:
Han Se Kyung ( Moon Geun Young ) adalah seorang pereka berbakat muda yang tinggal setiap hari dengan moto "Berusaha untuk mencapai impian anda untuk berjaya." Sehingga dia telah bertemu dengan Cha Seung Jo ( Park Shi Hoo ) seorang presiden sebuah kedai jenama mewah di Cheongdam-dong yang akan mengubah hidup beliau.

Walau bagaimana cara kita ingin mencari kemewahan sebagai orang yang berugama islam kita hendaklah mengikut garis panduan yang telah di tetap di dalam islam itu sendiri. Jauh kan dari unsur2 haram dan bertentangan dengan islam.  
Kalau dah mewah jangan lupa menderma, ya.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali Imraan, 92)

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian-kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad 38)


Sunday, April 21, 2013

LAWAK TAPI BERMANAFAAT

Akak suka menonton rancangan2 lawak seperti Raja Lawak dan beberapa rancangan lagi sebab akak jenis yang suka ketawa. Kebanyakan pelakun2 lawak akak suka. Akak suka Zizan, Johan, Nabil dan beberapa orang lagi. Akak suka kalau bergaul dengan orang2 yang lawak dan akak akan mudah jatuh hati (bukan jatuh cinta, ye). Cik somi akak bukanlah orang yang suka berlawak. Dan ada ketikanya dia cuba juga buat lawak walaupun tak berapa nak lawak. (akak pun buat2lah ketawa sebab nak ambik hati). Tapi akak hargai jugalah usahanya nak bagi akak ketawa.
Kalau filem pun akak suka filem2 lawak tapi tengok jugalah jalan ceritanya. Kadang2 tajuk lawak, pelakun lawak tapi jalan cerita tak berapa nak lawak jadi tak berapa nak tengoklah akan diri akak ni. Lawak pun ada lawak cerdik ada lawak bodoh (merapu). Kalau lawak cerdik akak akan tengoklah sampai habis tapi kalau lawak bodoh alih channel lainlah jawabnya.
Dalam berdakwah juga kena ada lawak. Kalau tak yang mendengarnya pun akan mengantuk. Al maklumlah dalam membincangkan bab2 ugama ni suasana kena serius tapi kalau di selangselikan dengan lawak, hilanglah juga ngantuknya. 
Akak suka tengok video lawak ni sebab walaupun lawak tapi sangat2 bermanafaat (pelakunnya pun hensem2...hehehehe)


Thursday, April 18, 2013

TERUSKAN USAHA, NAK.....

"Macamana kalau kakak tak dapat masuk U, ummi"
"Kakak mesti dapat punya, InsyaAllah"
"Dapat tu dapatlah tapi bukan bidang yang kakak pilih, kakak nak jadi doktor juga walaumacamana sekali pun."
Dengan keputusan SPM yang pada pendapat akak baik belum cukup meyakinkan dirinya samaada dia dapat masuk U dalam bidang yang di pohonnya. Bersaing dengan pemohon2 lain yang keputusan mereka  lebih baik membuatkan dia risau. Akak tak pernah mendesak dia untuk menjadi apa yang akak nak. Biar dia sendiri yang membuat pilihannya sendiri.
"Apa pilihan kakak umi?
""Kakak tak nak masuk matrik, cikgu kata buang masa je"
Pilihan yang ada adalah U swasta dan tingkatan 6.
Masuk U swasta, maklumlah banyak RM untuk yurannya. Kalau akak banyak RM memang tak de masaalah. Sekarang juga akak pergi daftarkan. Try tanya PTPTN, tak cover pulak untuk foundation medic tapi foundation lain cover. Akak faham kenapa PTPTN tak nak cover. Menyesal pulak tak menabung dari dulu kalau tak masaalah RM ni tak kan ada.
Tingkatan 6.? Tingkatan 6 adalah pilihannya. Tingkatan 6 sains. 
"Masuk tingkatan 6 susah oooo....nak pulak aliran sains" kata2 yang keluar dari mulut sape2 lah.
"Kakak tak kira, kakak nak masuk tingkatan 6 juga, budak2 cina boleh buat kenapa kakak tak boleh"
"Kakak nak capai juga cita2 kakak"
Kuat betul semangatnya. Tinggi betul azamnya. Berusahalah nak. Jangan putus asa. Umi akan sentiasa mendoakan kejayaanmu, nak. Sentiasa akan mengingatkanmu di kala lalai. Allah akan sentiasa ada untuk membantu mu. 


Wednesday, April 17, 2013

CITA2, MINAT DAN HARAPAN

Dia anak yang bijak. Dari darjah satu sampailah ke tingkatan 5, Dia selalu dalam kedudukan 5 keatas apabila keputusan peperiksaan di umumkan. Dia jadi kebanggaan ibu dan ayah. Harapan ibu dan ayah, Dia akan jadi seorang doktor atau engineer tapi Dia ada cita2nya sendiri.
"Dia, aku tengok kau ni relax je, kita kan nak SPM"
"Buat apa aku nak belajar teruk2, sedangkan cita2 aku tak memerlukan keputusan yang tinggi, jadi tak perlulah aku nak kejar sangat straight A..kan..."
Tapi itu kata2 Dia. Berlainan pulak dengan ibunya. Bimbang ibu melihat Dia asyik menonton rancangan yang berkaitan dengan cita2nya.
"Dia nak sambung belajar apa, habis SPM nanti" si ibu cuba mengorek isi hati si anak yang sedang asyik menonton rancangan kegemarannya.
"Dia nak jadi macam tu" sambil menunjuk ke arah tv yang sedang di tontonnya.
Si ibu agak tergamam mendengar jawapan Dia yang sangat jauh menyimpang dari harapannya. Tapi si ibu cuba mengawal emosi dengan berkata" Dia mesti janji dengan ibu, Dia mesti dapat straight A, okey"
"Tapi ibu mesti berjanji dengan Dia, kalau Dia dapat straight A, ibu mesti berjanji akan menunaikan segala permintaan Dia"
Maka ibu pun bersetuju dengan harapan apabila keputusan SPM keluar nanti Dia akan mengubah pendiriannya. Dia pun belajarlah bersungguh2 dengan berbekalkan janji ibunya. Dia nekad dengan cita2nya.
Keputusan SPM pun keluar. Ibu Dia sangat gembira yang teramat sangat sebab Dia telah menunaikan janjinya untuk mendapat straight A. Dia pun gembira juga sebab dia sudah menepati janjinya.
"Ibu, Dia sudah memberi ibu straight A...sekarang Dia nak ibu tunaikan pula janji ibu"
"Dia nak apa, cakap je..ibu akan tunaikan"
"Dia nak sambung belajar jadi CHEF"...
Hancurlah harapan ibu untuk melihat Dia menjadi seorang doktor, tak pun engineer. Janji tetap janji kannnnn.

Akak tak sabar nak menonton rancangan Master Chef selebriti Malaysia 2 nanti. Akak suka rancangan masak2 ni walaupun agak malas nak memasak.


Dan akak juga suka makan. Apa salahnya kalau ada seorang CHEF dalam rumah kita, kannnn.....




Wednesday, April 10, 2013

AYAM CHE RUS (CHICKEN ROAST)

"Umi masak chicken roast". Itulah permintaan anak bujang akak. Akak beri nama 'chicken roast' tu 'ayam che rus' sebab ianya makanan kegemaran anak bujang akak yang berbadan kurus. Kalau boleh  hari2 di suruhnya akak memasak ayam che rus. Resepinya mudah aje sebab akak suka yang mudah2 je.

Bahan2nya:
1/2 ekor ayam
BBQ sos (akak guna jenama HEINZ)
Sedikit garam
Sedikit butter

Cara2nya:
Bersihkan ayam. Lumurkan ayam dengan sos dan sedikit garam (tak nak tambah pun tak pe, akak ni kuat sikit masinnya).Perap selama 1 jam (lebih lama lebih sedap). Panaskan oven. Sebelum bakar ayam letak sedikit butter di atas ayam yang dah di perap tadi. Bakar ayam pada suhu 230 °C selama 40 minit @ sejam @ sehingga masak.


                                                     Sos yang di gunakan
       
Ayam yang sedang di perap (sorry agak comot)

Ta da ayam che rus dah masak



                 

PERIHAL TELEKUNG

Kebiasaanya kalau nak keluar kemana2 akak tak akan lupa bawa telekung untuk sembahyang. Tapi dek kerana nak cepat ada satu hari tu akak tertinggallah beg yang berisi telekung tu. Akak pergi ke shopping complex bersama2 cik somi dan anak2 untuk membeli barang. Masuk waktu solat cik somi pun ajak pegi solat. Kami pun pergi ke surau yang berada di shopping complex tu.
Dek kerana kealpaan akak terpaksalah akak menggunakan telekung yang berada di surau tu. Pilih punya pilih tak ada satu pun telekung yang pada kategori akak bersih. Kebanyakan telekung yang ada semuanya comot dan nampak tak menyelerakan (macam makanan pulak). Lebih2 lagi pada bahagian dagu. Warnanya yang asal putih dah jadi kuning dan bertahi lalat. Lagi satu telekung2 itu tidak di simpan rapi samaada di lipat atau di hanger. Masing2 main campak je selepas menggunakannya. Begitu juga dengan sejadah. Akak pun hairan kenapa dengan dia orang ni. Sembahyang, sembahyang sangat tapi bab2 kebersihan dan kerapian tak di ambil berat.
Bukankah Islam itu suka akan kebersihan. Masaalahnya bukan Islam tapi sikap penganut itu sendiri.

Gambar hiasan tak ada kena mengena dengan cerita
Akak ada menonton rancangan NONA baru2 ni. Ada cerita pasal seorang wanita yang berhati mulia bernama Pn Norazila Abdul Aziz yang mengasaskan "Telekung Project" dimana wanita ini menjalankan kerja2 amal seperti mengumpul dan mencuci telekung2 wakaf yang kotor yang terdapat di surau2 am dan masjid2. Tujuannya adalah untuk kebaikan semua muslimah agar dapat menggunakan telekung yang bersih.
Tidak ramai yang sanggup menjalankan kerja2 amal seperti wanita ini. Siapa yang sanggup mengeluarkan modal untuk membeli sabun, menyental dan mencuci.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan aktiviti yang dilakukan Telekung Project bolehlah ke http://www.facebook.com/TheTelekungProject atauhttp://littlebookhut.blogspot.com.


Tapi apa yang lebih penting lagi ialah kita sebagai muslimah hendaklah mengubah sikap kita sendiri. Dan yang pastinya setiap kali nak keluar akak akan check dulu samada akak dah bawak telekung atau belum. Satu lagi harapan agar satu hari nanti akak dapat join The Telekung Project.

Tuesday, April 9, 2013

NAMA ANAK

Baru2 ni anak sedara akak dapat anak sulung. Perempuan. Bermakna akak dengan rasminya jadi nenek. Nenek, nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga sebab nenek nak berblog. (apa yang akak merepek ni). Maka sibuklah anak sedara akak dan suaminya mencari2 nama yang sesuai untuk anak sulung mereka. Terpulanglah kepada mereka nak taruk nama apa. Asalkan baik maknanya.
Rasulullah S.A.W. menganjurkan supaya memberi nama anak dengan nama yang baik sebagaimana yang di sabdakan oleh baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan di panggil pada hari kiamat dengan nama2 kamu dengan nama2 bapa kamu"
Kata orang ada apa pada nama, yang penting hati mahu baik. Islam amat mementingkan sesuatu perkara dalam kehidupan manusia termasuklah dalam hal memberi anak nama kerana makna nama itu sendiri sedikit sebanyak boleh mempengaruhi juga corak kehidupan anak itu nanti.
Kalau zaman dahulu orang taruk nama anak dengan menggunakan nama2 seperti nama bunga contohnya Tanjung, Melur, Kekwa. Bagi anak lelaki pula Teruna, Kesuma dan beberapa nama lagi. Suci je bunyinya.
Tak lama kemudian nama2 seperti Zainab, Fatimah, Aishah, Jamilah banyak di gunakan. Sebelum tahun2 akak melahirkan anak sulung ramai yang memulakan nama anak dengan nama Nur yang bermaksud cahaya. Termasuklah akak. Maka ramailah yang bernama Nur, Nor..Berlainan pula sekarang ramai ibu bapa muda taruk nama anak dengan nama2 yang unik sehingga susah nak menyebutnya.
Di anjurkan memberi nama anak dengan nama yang baik agar apabila di panggil maka kita memanggilnya dengan maknanya. Contohnya kalau kita memanggil anak kita Nur. Dengan sendirinya kita memanggilnya Cahaya. Kan indah. Di sekolah pun cikgu akan memanggil nama penuh. Jika hari2 anak di panggil dengan nama yang baik maka menjadi satu doa pula di atas maksud nama itu.
Akak taruk nama anak tak panjang. Pendek aje. Bukan apa takut tak cukup ruang nak isi borang. (ye lah tu). Tapi kalau panggil2 tak menyahut, suruh2 tak buat sampai tahap kesabaran dah menipis maka akan terkeluarlah dari mulut akak nama penuh dengan nama bapaknya seperti dalam surat beranak. Cuma tak sebut je tarikh lahir dengan tempat.  Sampai anak2 akak dah faham dah. Status kat FB nya berbunyi "when your mum call with full name, you are in trouble". kalau tak reti juga maka double trouble lah jadinya. Tapi akak tak delah garang sangat sampai dera anak.
Akak ada terbaca satu buku Pilihan Nama Dalam Islam dan suka dengan beberapa nama yang ringkas, sedap dan senang di sebut serta maknanya amat baik seperti:
NAMA LELAKI
Afif (yang bermaruah) Akid (Kuat, teguh, tetap) Darwisy (warak) Faiz (berjaya) Fawwaz (berjaya) Hasif (kemas, rapi) Izz (kekuatan) Mirza (anak baik) Uwais (pemberian) Waiz (penasihat).
NAMA PEREMPUAN
Amni (ketenangan) Auni (lemah lembutku, ketenanganku) Azra (dara) Damia (kebijakan, keberkatan) Filzah (belahan jiwa) Hannah (kasih sayang) Hidni (subur) Irdina (kehormatan kami) Izzah (kemulian, kekuatan) Najah (kejayaan) Najla (bermata cantik) Ulfah (kemesraan) Widad (kasih sayang) Yamna (keberkatan) Yusra (kesenangan, kemudahan).
Jangan sekali2 bagi anak perempuan nama Syarul Bariah kerana maknanya sejahat2 manusia. Begitulah peri pentingnya makna nama sebelum memberi nama kepada anak kita. Jangan satu hari nanti anak kita menyalahkan kita kerana memberikan nama yang kurang elok kepada mereka.
Akak2 semua suka baby tak? Akak memang suka baby. Mereka itu sangat2 suci dan comel.

Comelkan....rasa nak gigit je


Monday, April 8, 2013

KEK OREN MUDAH

Akak ni bukanlah reti sangat buat kek ni. Tapi kadang2 teringin juga nak mencuba. Tapi yang senang2 je lah.    Sekarang ni kalau nak mencuba apa2 resepi tak susah dah. Tak payah nak beli buku resepi pelbagai. Search je kat google, maka keluarlah resepi yang bermacam2 jenis. Di sertakan pulak gambar yang mengoda selera.
Kebetulan pulak google punya google terjumpalah akan diri akak ni satu resepi yang bahan2nya memang senang dan sedia ada.
                                Bahannya:-
                                                1 biji limau orange
                                                1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh juga)
                                                1 cawan gula halus
                                                2 biji telur
                                                2 cawan tepung gandum *
                                                1 sudu teh baking powder *
                                                2 sudu kordial orange sunquick (akak tambah sendiri)
Bahan bertanda * ayakkan bersama.
Cara2 nya:-
1. Cuci orange, kupas kulitnya, buang biji dan urat putihnya. Potong kecil2. Masukkan ke dalam blender bersama2 minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk. Masukkan campuran tepung dan baking powder sedikit demi sedikit sambil mengacaunya.
3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah digris. Panaskan oven dahulu selama 15 minit.
4. Bakar kek pada suhu 170°C selama 40 minit @ 1 jam @ sehingga masak.


Dan inilah hasilnya kek akak. Masam2 manis.





QUNUT

Pernah tak dengar lawak ni. Macamana nak baca qunut pendek, qunut panjang. Qunut pendek "quunut", Qunut panjang "quuuuuuuuuuuuuuuuuunut"...Entah sapelah yang pandai sangat mereka lawak macam tu.
Pagi ni akak dengar rancangan Tanyalah Ustaz kat tv 9. Ustaz tu kata semua sembahyang kena ada qunut.
Terceganglah diri akak yang jahil ini mendengar cakap ustaz tu sebab setahu akak cuma sembahyang subuh je yang kena ada qunut. Ustaz tu kata lagi sembahyang subuh kena ada qunut dan doa qunut. Bertambahlah cengangnya akak.
Rupa2 nya qunut tu bermaksud taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabadian, diam, khusuk dan beberapa maksud lagi. Baru lah akak faham. Memang lah semua sembahyang yang kita lakukan kena ada qunut. Ya...Allah betapa kurangnya ilmu akak. Alhamdulillah dengan adanya rancangan seperti Tanyalah Ustaz tu sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan ilmu yang kita ada. Akak ni pun satu hal juga. Kalau tengok rancangan Tanyalah Ustaz tu nak dengar tajuk yang best2 je (macam tengok drama pulak), lepas tu sape ustaz yang mengacaranya (macam pilih pelakun pulak).
Itulah kelemahan akak yang sehabis daya akak cuba atasi. Sebab nak menuntut ilmu yang baik seperti dalam rancangan tu tak payahlah nak pilih sangatkannn. Jangan ikut perangai akak.Akak akan cuba dan terus mencuba mengatasi kelemahan akak tu. Bak kata dek orang "dahlah bodoh, belajar pulak tak nak".
Sampai bila pun jahil.
Rancangan Tanyalah Ustaz ni bersiaran tiap2 hari pukul 7.00 pagi di TV 9.



Sama2 lah kita menonton dan menambah ilmu (kadang2 mata akak ni jahat juga, mesti nak terlelap...maklumlah banyak sangat setan yang bergayut)....

DOA QUNUT.






Sunday, April 7, 2013

JOM MENGUNDI

Akak percaya ramai yang sebaya akak dah mendaftar sebagai pengundi. Kita sebagai rakyat berhak menentukan siapa yang harus menjadi pemimpin kita. Masa ni lah kita kita seharusnya menggunakan hak kita sebagai pengundi. Akak2 semua dah semak daftar pengundi? Akak dah semak dah. Nasib baik ada kalau tak jadi pengundi hantulah akak. Tak rela akak jadi hantu. Pada sape2 yang nak menyemak daftar pengundi bolehlah pergi ke link http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/.
Seronok juga tengok bendera banyak kat tepi2 jalan. Hijau ada, biru pun ada. teringatlah akak kat lagu lama mengajak orang pergi mengundi. Tapi sekarang ni tak de dah kedengaran lagu tu. Best jugak lagunya. Nak dengar tak, mesti akak2 semua tahu lagu ni.



Terpulanglah kepada kita untuk mengundi siapa yang kita suka. Yang penting kita haruslah bijak menggunakan kesempatan ini bagi menentukan masa depan kita dan generasi seterusnya.

Saturday, April 6, 2013

CUACA PANAS...

Cuaca sekarang sangat panas. Lebih-lebih lagi waktu tengahari. Tekak pun sentiasa je haus. Kalau nak ikutkan minum satu baldi air pun tak cukup (over lah tu). Pasang kipas no 5 pun masih terasa bahangnya.

Mana yang pakai aircond tu, alamatnya bil pun melambung tinggi. Bilalah ujan nak turun, bilalah ujan nak turun. Bila ujan dah turun, bilalah ujan nak berenti, tak berenti-renti . "ujan oh ujan..usah turun lagi..lama sudah ku menanti (lirik lagu tahun 70an - dah lupa sape yg nyanyi)....Lepas tu salahkan pulak katak.."ujan oh ujan kenapa engkau turun..macamana aku tak turun, katak panggil aku" Sian katak.


BILA UMUR DAH 40.....AN.

Sedar tak sedar, umur akak dah 40..an...Tenung2 cermin, belek2 muka, kedut2 dah bertambah..aduhai. Alangkah bagusnya dapat hilangkan kedut2 ni. Tapi kita tak dapat nak menolak lumrahnya alam.Yang muda akan tua. Tekan punat komputer. Search kat google. Macam-macam produk untuk hilangkan kedut. Ada yang umur 50an tapi nampak macam anak dara 20an dek kerana betapa berkesannya produk yang mereka gunakan. Tergugat juga keimanan ini nak mencuba produk-produk yang bermacam-macam jenama tu.
Cik somi cakap buat apa pakai produk2 tu.
 Nanti tak natural beauty katanya (macamlah bini dia ni natural beautylh sangat). Katanya ramai perempuan sekarang terutamanya cik kak2 (cik somi panggil cik kak2 untuk pompuan umur 40an) muka kan main licin berkilat tapi tangan alamak berkedut seribu.Lepas tu satu lagi muka kan main putih tapi tangannya gelap. .Kita tak tau apa isi kandungan produk2 tu. Takut ada kesan sampingan, katanya. Macam2 lh dia punya komen (kebanyakkannya akak buat2 tak dengar). Tu takut akak mintak duitlah tu nak beli produk2 kecantikan tu. Malas nak berbahas dengan cik somi, akak bukak you tube, ambik earphone sumbat kat telinga, dengar lagu rock kapak (cadangnya nak dengar ceramah Ustaz Azhar tapi...hehehe)....
Tapi pada pendapat akak kita haruslah bijak memilih mana produk2 yang sesuai untuk kita. Terpulanglah pada diri masing2. Jangan jadi macam ni sudahlah....


TEPUK DADA TANYA SELERA.