umi

umi

Monday, September 8, 2014

MENDUA DALAM RAHSIA

Apa perasaan anda andai mendapat tahu sang suami telah berkahwin lain....jeng jeng jeng mahu perang besar...u see...berpeluh-peluh nak jawab soklan...kan...kan..kan.
Bukan akak yang mengalami peristiwa ini ye...bukan..bukan...Alhamdulillah setakat ini cik somi tak de lah menduakan akak lagi. Tak tahu lah kedepan2 nanti. Kalau boleh tak nak lah kan walaupun akak pernah tanya cik somi tak teringin ke kahwin dua. Itu soalan dugaan ye bukan soalan mempelawa...Mati2 cik somi kata tak de niat pun tapi dalam hati siapa tahu...kan..kan..
Adalah seorang teman ni, akak amat terkejut kerana selama ini akak ingatkan sang suaminya yang romantik sangat2 tu tak akan menduakan dia. Maklumlah dari sekolah menengah lagi mereka bercinta. Habis sekolah masing2 dengan haluan masing2 pun dia orang masih bercinta lagi. Betapa setianya percintaan mereka ini. Mereka berdua ni memang di kenali sebagai pasangan yang sepadan dan serasi. Seorang cantik dan seorang tampan...memang sepadanlah..macam pinang dibelah dua.
Sang suami ni jenis kerja out station sokmo2. atau dalam istilah lain nya out of town...(ini pun akak dapat tahu dalam oh! my english...rupa2nya out station tu istilah dolu2...zaman British dolu...tapi sekarang guna istilah out of town...maklumlah akak ni buta english)....
Jadi maka di sebabkan sang suami ni memang jenis kerja yang nak tak nak terpaksa juga kerja out of town...maka si isteri amat memahami akan pekerjaan sang suaminya dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada sang suami. Dan begitulah sehingga lah anak yang sulung masuk universiti.
Maka hendak di jadikan cerita pada suatu hari sang suami dengan beraninya memperkenalkanlah si isterinya dengan seseorang wanita. Dan wanita itu adalah isteri ke dua. Hai! apa lagi si teman ni terkejutlah...bukan terkejut beruk lagi dah jadi terkejut badak dah. Apa yang mengejutkan sudah ada 2 anak dengan isteri ke 2 tu,
Bayangkanlah macamana ye. Mau histeria di buatnya. Kalau anda macam mana? Apa tindakan anda...Kalau kena kat akak....macamana ye? Nanti lah akak fikir2 kan...hihihi