umi

umi

Tuesday, June 4, 2013

AKHIRNYA KE MATRIKULASI JUGA

Dah seminggu anak akak belajar kat Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor. Hasil dari perbincangan kami akhirnya anak akak bersetuju menerima tawaran belajar di sana.Itupun setelah keputusan UPU keluar dan anak akak dapat Diploma In Science. Dek kerana terlalu ingin menjadi seorang doktor maka dia pun tanpa memikir panjang tidak menerima tawaran diploma dari UITM itu. Bagi akak mana2 pun akak tak kisah asalkan dia nak belajar. Jangan dia mintak nak kahwin, sudah. Nak sakit (ayat biasa akak bila anak2 mintak benda yang pelik2).
Akak pergi ke Tangkak sehari sebelum hari pendaftaran. Sampai Tangkak cari hotel...jawapannya semua "full house". Cari homestay pun penuh. Aduh! tanya orang2 kat situ kat mana ada lagi hotel. Tak ada. Semua penuh. Rupa2nya kalau hari pendaftaran memang hotel2, homestay penuh. Kerana bukan 10, 20 orang yang datang nak daftar. 2 ribu lebih, akak nak kata. Pulak tu yang nak daftar belajar si anak je tapi yang mengiringi tu ramai. Ada kawan anak akak tu atuk, nenek, mak sedara, pak sedara pun datang juga (tak puas hati nampaknya akak) Manakan tak penuh hotel2 dan homestay2. Akak ingat tak yah lah booking2 pelbagai, rupa2nya diaorang dah booking sebulan sebelum pendaftaran. Aduh! lain kali tanya orang ye akak. Malu bertanya sesat jalan.
Cari punya cari tak ada, maghrib pun nak masuk. Badan pun dah penat. Nak pergi ke Jasin pun takut penuh juga. Cik somi dah bertukar dah nada suara. Ye lah! penat memandu kan, sian juga. Tengah minum kat kedai makan sambil tanya2 kat orang kat situ, adalah seorang hamba Allah tanya nak sewa tak ada satu rumah yang penyewanya baru saje keluar pindah tapi kosonglah rumah tu tak ada perabut hatta tilam bantal.
Kami pun pergi tenguklah rumah tu dan kami bersetuju. Nasib baik mak cik tuan punya rumah sudi meminjamkan toto, bantal dan selimut. Maka tidurlah kami dengan lenanya (penat sangatlah tu)di rumah kosong itu.Walaupubagaimana pun akak bersyukur amat sangat kepada Allah. Rupa2nya bukan kami sahaja yang tidak ada tempat tidur tapi ramai lagi sampai ada yang tidur dalam kereta je.
Pengajarannya kepada sesiapa (akak pun) lain kali kalau nak daftar anak di mana2 pun dan kita dari tempat yang jauh dan kita terpaksa bermalam maka rajin2lah tanya, baca (internet kan ada) pengalaman orang2 yang pernah pergi mendaftar anak. Jangan jadi macam akak yang rasa macam anak akak sorang je yang nak mendaftar. Dan kepada anak akak, jadikan ini satu pengalaman betapa umi dan abahmu (umi dan abah orang lain juga) sanggup berbuat apa2 sahaja supaya anak2 dapat belajar. Belajar itu kena ada kesabaran dan kesungguhan baru kita boleh berjaya. Tak kira di mana kita belajar samaada di asasi ke, matrikulasi ke atau tingkatan 6.


Di sinilah anak dara akak belajar


No comments:

Post a Comment