umi

umi

Wednesday, October 2, 2013

ANAK2 DULU VS ANAK2 SEKARANG

Terkejut sungguh akak apabila terbaca dalam harian metro mengenai berita tentang 6 orang budak 14 tahun di tahan kes rogol. Mengucap panjang akak. Apalah nak jadi dengan anak2 sekarang.Mungkin kerana pengaruh pengunaan teknologi moden sekarang ini membuatkan mereka  terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya. Apakah yang akan terjadi kepada masa depan mereka.
Sesungguhnya akak merasa takut dan ngeri dengan dunia sekarang terutama berkaitan dengan anak2. Kalau dulu orang takut beranak ramai kerana takut tak terberi makan tapi sekarang takut beranak ramai kerana takut dengan situasi dunia sekarang yang begitu mencabar sehingga membuatkan anak2 menjadi lebih matang dari usia sebenar.
Adakah kita hendak menyalahkan teknologi2 moden itu atau ibubapa yang kurang memberi perhatian kepada anak2 mereka. Jika dulu kita sangat takut apabila mendengar cerita teladan tentang anak2 yang derhaka. Contohnya cerita batu belah batu bertangkup dan si tanggang.
Masa akak kecik2 dulu takut sangat kalau nak buat sesuatu yang salah kerana dalam fikiran akak masa tu kalau akak buat salah dan mak marah, mak akak akan pergi kepada batu belah batu bertangkup untuk dimakan atau akak akan disumpah menjadi batu seperti si tanggang. Begitu berkesannya cerita teladan itu kepada diri akak. Akak cuba2 juga gertak anak akak masa dia orang umur2 sekolah rendah yang akak konon2nya merajuk dengan peel dia orang dan nak pergi ke batu belah batu bertangkup tapi apa yang mereka komen....
(Adik)  : Batu belah batu bertangkup mana ada  wujud.
(Abang): Tak boleh bunuh diri, nanti berdosa masuk api neraka.....
Sabar jelah...
Akak rasakan kalau wujudlah batu belah batu bertangkup sekarang ni agaknya ramai mak2 berbaris menunggu giliran untuk ditelan. Siap ambik nombor giliran lagi. Atau pun kalau sumpahan mak sangat2 menjadi seperti mak si tanggang, akak rasa banyak lah patung2 yang ada sekarang ini.

Kononnya inilah yang di katakan batu belah batu bertangkup tu.


Kononnya inilah si tanggang yang di sumpah menjadi batu di Indonesia.

No comments:

Post a Comment