Anak2 akak dan cik somi amat mengemari ikan keli ni. Jika kami makan di kedai @ restoran dan terdapat masakan ikan keli ini, maka itulah yang pertama sekali mereka akan ambil. Demi memenuhi selera mereka, akak tak keberatan untuk menyediakan masakan ikan keli walaupun akak tak makan.
Selalunya akak akan beli ikan keli yang sudah siap disiang kerana tak sanggup akak nak menyiangnya.Selalunya resepi ini lah yang menjadi kegemaran mereka.
IKAN KELI BERLADA:
Bahan2nya:-
3 ekor ikan keli (boleh beli yang sudah disiang dan untuk menghilangkan hanyirnya akak basuh dengan segenggam asam jawa)
Garam
Serbuk kunyit
Ikan digaul dengan garam dan kunyit. Digoreng sehingga masak dan agak garing.
*15 helai tangkai cili kering (direbus)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
* seinci halia
sedikit belacan
gula
bahan perasa
asam keping
Bahan2 bertanda * hendaklah di kisar. Nak tumbuk pun boleh tapi akak blender
je, tak kuasa nak menumbuknya. Jika nak menghancurkan bijik lada semasa mengisarnya campurkan sedikit minyak.
Cara2nya:
Panaskan minyak (boleh juga gunakan minyak yang mengoreng ikan). Tumiskan
yang telah di blender sehingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan belacan, gula, bahan perasa dan juga asam keping. Rasalah asam garamnya. Tumislah sehingga sebati dan bila sudah sebati bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah disusun didalam pinggan.
Ikan keli berlada ku
Ikan keli
No comments:
Post a Comment