umi

umi

Friday, October 11, 2013

PENGASUH

Akak ada terbaca kisah yang terbaru mengenai pengasuh yang mendera seorang bayi berusia 5 bulan. Pengasuh itu telah memberikan susu panas kepada bayi itu sehingga tekaknya melecur teruk. Kejadian terbaru ini berlaku di Sungai Buluh. Keadaannya sekarang terpaksa minum susu melalui tiub. Kesian bayi itu disebabkan kelalaian pengasuhnya.
Jika hendak dikatakan pengasuh itu tidak sengaja, pada akak tak mungkin. Sebab semasa membancuh susu takkan lah dia tak dapat rasa samaada botol yang dipegangnya itu panas, sederhana panas atau sejuk.
Ibu bapa mana yang tidak akan rasa berang jika perkara ini terjadi kepada anak mereka. Kejadian didera oleh samaada pengasuh persendirian, nurseri atau taska agak sering juga di dengari. Itu tidak termasuk lagi kes didera oleh pembantu rumah.
Apalah budak2 sekecil itu diperlakukan seperti itu. Bagaimanakah perasaan sipendera itu. Entahlah, akak sangat2 tak faham.
Melalui pengalaman akak semasa kegawatan hidup akak dan cik somi, akak pernah menjadi pengasuh. Itu pun setelah diminta bersungguh2 untuk mengasuh oleh jiran akak sendiri. Kebetulan pula akak memang memerlukan pendapatan sampingan untuk membantu cik somi dan juga akak memandangkan anak bongsu akak sudah besar dan bersekolah. Akak pun fikir, boleh juga kerana akak memang sukakan budak2 terutama budak perempuan.
Maka bermulalah episod akak menjadi pengasuh kepada 2 orang budak comel ni.Kedua2nya perempuan. Si adik dan si kakak. Si adik waktu itu baru berumur 6 bulan dan si kakak berumur dalam 2 tahun. Mereka budak2 yang sangat senang dijaga. Terutama si kakak yang sudah faham dengan apa yang kita cakap.

Ketika ini si adik hampir berumur setahun dan si kakak 3 tahun

Menjaga samaada bayi atau kanak2 tidak akan menjadi satu masaalah seandainya kita tahu mengendalikan mereka secara bijak. Mereka tidak akan buat perangai atau meragam jika mereka cukup tidur, kenyang dan tidak sakit. Sabar adalah satu perkara yang sangat2 penting ketika menjaga mereka. Jika mereka nakal, kita hendaklah bercakap dengan mereka secara lembut dan beritahu akibat daripada perbuatan nakal mereka.
Bagi akak kalau mereka belum bersedia hendak mengasuh anak orang, tak payahlah. Jangan di sebabkan kita hanya hendakkan upah yang beberapa ratus ringgit itu kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas.
Kerana ini membuatkan kita mendapat rezeki yang tidak berkat.
Ibu bapa mereka bersusah payah mencari rezeki dan mengharapkan kita sebagai pengasuh dapat mengasuh anak mereka dengan baik. Kita juga hendaklah ada perasaan berbelas kasihan. Janganlah didera makhluk yang tak tahu apa2 itu.
Kini akak sudah meninggalkan bidang asuh mengasuh ni. Tapi akak masih lagi rindukan anak2 yang pernah akak asuh. Akak sayang kan mereka kerana mereka anak2 yang suci.

Akak jaga si comel Akid ni dari umur dia 6 bulan sehingga 1 tahun lebih
dan juga 

si budak baik Asyraf




No comments:

Post a Comment