umi

umi

Tuesday, April 9, 2013

NAMA ANAK

Baru2 ni anak sedara akak dapat anak sulung. Perempuan. Bermakna akak dengan rasminya jadi nenek. Nenek, nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga sebab nenek nak berblog. (apa yang akak merepek ni). Maka sibuklah anak sedara akak dan suaminya mencari2 nama yang sesuai untuk anak sulung mereka. Terpulanglah kepada mereka nak taruk nama apa. Asalkan baik maknanya.
Rasulullah S.A.W. menganjurkan supaya memberi nama anak dengan nama yang baik sebagaimana yang di sabdakan oleh baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan di panggil pada hari kiamat dengan nama2 kamu dengan nama2 bapa kamu"
Kata orang ada apa pada nama, yang penting hati mahu baik. Islam amat mementingkan sesuatu perkara dalam kehidupan manusia termasuklah dalam hal memberi anak nama kerana makna nama itu sendiri sedikit sebanyak boleh mempengaruhi juga corak kehidupan anak itu nanti.
Kalau zaman dahulu orang taruk nama anak dengan menggunakan nama2 seperti nama bunga contohnya Tanjung, Melur, Kekwa. Bagi anak lelaki pula Teruna, Kesuma dan beberapa nama lagi. Suci je bunyinya.
Tak lama kemudian nama2 seperti Zainab, Fatimah, Aishah, Jamilah banyak di gunakan. Sebelum tahun2 akak melahirkan anak sulung ramai yang memulakan nama anak dengan nama Nur yang bermaksud cahaya. Termasuklah akak. Maka ramailah yang bernama Nur, Nor..Berlainan pula sekarang ramai ibu bapa muda taruk nama anak dengan nama2 yang unik sehingga susah nak menyebutnya.
Di anjurkan memberi nama anak dengan nama yang baik agar apabila di panggil maka kita memanggilnya dengan maknanya. Contohnya kalau kita memanggil anak kita Nur. Dengan sendirinya kita memanggilnya Cahaya. Kan indah. Di sekolah pun cikgu akan memanggil nama penuh. Jika hari2 anak di panggil dengan nama yang baik maka menjadi satu doa pula di atas maksud nama itu.
Akak taruk nama anak tak panjang. Pendek aje. Bukan apa takut tak cukup ruang nak isi borang. (ye lah tu). Tapi kalau panggil2 tak menyahut, suruh2 tak buat sampai tahap kesabaran dah menipis maka akan terkeluarlah dari mulut akak nama penuh dengan nama bapaknya seperti dalam surat beranak. Cuma tak sebut je tarikh lahir dengan tempat.  Sampai anak2 akak dah faham dah. Status kat FB nya berbunyi "when your mum call with full name, you are in trouble". kalau tak reti juga maka double trouble lah jadinya. Tapi akak tak delah garang sangat sampai dera anak.
Akak ada terbaca satu buku Pilihan Nama Dalam Islam dan suka dengan beberapa nama yang ringkas, sedap dan senang di sebut serta maknanya amat baik seperti:
NAMA LELAKI
Afif (yang bermaruah) Akid (Kuat, teguh, tetap) Darwisy (warak) Faiz (berjaya) Fawwaz (berjaya) Hasif (kemas, rapi) Izz (kekuatan) Mirza (anak baik) Uwais (pemberian) Waiz (penasihat).
NAMA PEREMPUAN
Amni (ketenangan) Auni (lemah lembutku, ketenanganku) Azra (dara) Damia (kebijakan, keberkatan) Filzah (belahan jiwa) Hannah (kasih sayang) Hidni (subur) Irdina (kehormatan kami) Izzah (kemulian, kekuatan) Najah (kejayaan) Najla (bermata cantik) Ulfah (kemesraan) Widad (kasih sayang) Yamna (keberkatan) Yusra (kesenangan, kemudahan).
Jangan sekali2 bagi anak perempuan nama Syarul Bariah kerana maknanya sejahat2 manusia. Begitulah peri pentingnya makna nama sebelum memberi nama kepada anak kita. Jangan satu hari nanti anak kita menyalahkan kita kerana memberikan nama yang kurang elok kepada mereka.
Akak2 semua suka baby tak? Akak memang suka baby. Mereka itu sangat2 suci dan comel.

Comelkan....rasa nak gigit je


No comments:

Post a Comment